Fiqah fid dinn

Wednesday, March 27, 2013

Perkahwinan

Pandangan saya..tentang perkahwinan..
Setiap hari ada sahaja mereka yang berbicara tentang perkahwinan
Siapa yang tidak mahu kahwin,Yang tidak jawapan dia sahaja tahu alasanya,
Pada saya..perkahwinan itu satu bahtera yang dibina oleh seorang lelaki yang  ingin mencari pasanganya untuk mengharungi arus lautan.
Sebelum ini, lelaki itu hanya miliki sampan yang boleh bawa kemana sahaja dia ingin pergi,sampan itu bukti dia boleh berdikari.
jikakalu jodohnya telah tiba,dia berusaha membina sampan itu seluas-luasnya.Ketika itu dia bersiap-siap segala-gala buat jodohnya.
setelah akad nikah tercipta..sampan itu telah menjadi sebuah bahtera buat mereka berdua.

Bagi si lelaki... tangungjawab itu dia perlu pikul sebagai ganti beban ayah si perempuan itu dahulu,
Bagi perempuan..pilihan di tangan kamu..siapakah nakhoda kamu yakin boleh bawa kamu mengharungi arus lautan itu
arus lautan itu ada di dunia  ini dan akhirat nanti...
sekali kita sudah pilih, jangan  patah balik..teruskan pasti kita mampu mengharunginya..
buktinya lihatlah kejayaan ayah dan bonda kita sehingga kini..

No comments:

Post a Comment