Fiqah fid dinn

Tuesday, November 29, 2011

Persoalan Hidup Kita

Apakah harapan seorang ibu apabila dia melahirkan kamu ?
A)memilki menantu yang kacak/cantik
B)mempunyai harta yang banyak
C)mempunyai pelajaran yang tinggi
D)menjaganya di kala hari tua
Anda boleh mencapai semua jawapan di atas sekiranya anda mahu

Namun apakah yang sebenarnya harapan ibu dan ayah kita sebenarnya.
Dalam kita tidak sedar merekalah yang sanggup menanggung dosa di kala kita lalai.
Ayuh sedarlah kita dalam kelalaian ini...
Tiada balasan yang manis boleh kita balas pada kedua ibu bapa kita melalaikan kita memilih menjadi ANAK SOLEH
Amalan ANAK SOLEH sahaja yang boleh menyambung amalan mereka di dunia ini walaupun mereka telah meninggal dunia ini.

Bahayanya fitnah


Jangan kalian mudah mengata buruk pada seorang itu padahal kalian tidak sedar perbuatan kalian mengundang fitnah.
Bahaya fitnah.
Kasihanilah diri dan orang yang kita fitnah itu.
Jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.
Kutukan kita pada seseorang itu kita rasa suka hati sedangkan kita fikirkah apakah perasaan kita jika perkara yang sama belaku pada diri kita.
berhati-hatilah bermain kata,jangan kerana kata semua orang benci kita..

NUKILAN HIJRAH 2011

 

 
Hijrah [1]
Jangan kita dambakan kesetiaan orang terhadap kita jikakalu kita sendiri curang terhadap diri sendiri.
Cerminlah diri sendiri sebelum menghukum atau menyalahkan pada orang lain.
 
Hijrah[2]
Rakan dikala senang ramai,
rakan dikala susah,sukar didapati

Buat baik berhati-hati,
kadang kala ada yang tidak pandai menghargai.

Jika ada tangan yang suka memberi,
Belajarlah menghormati bukan mengata sesuka hati.

Budi Bahasa budaya kita,
Jom belajar hidup bermasyarakat
 
 

KIsah Ceramah surau FKM

Salam maal hijarah semuanya..
Hari ni ana nk kongsi satu cerita menarik buat tatapan sahabat kalian.cerita ini drp ust yang beri cermah tadi.Jom hayatinya bersama-sama.
Pada suatu hari ada seorang ayah ingin membawa anaknya menaiki LRT.Sukarialah anaknya itu kerana dapat tahu ayahnya ingin membawa mereka.
niat Ayah tu bawa anak-anak adalah utk berjumpa dengan ibu mereka di hospital.Dia mendpt berita isterinya sudah sihat skrg.Setelah mereka semua bersiap untuk ke stesen LRT.Ayah tu melihat suka riang sangatlah maklumlah sudah dua minggu x dpt lihat ibu mereka.Tambahan pula,mereka baru berusia kanak-kanak kecil lagi.Bahagialah hati si ayah melihat anak-anaknya ceria.
LRT pun sampai..semasa melangkah masuk ke dalam LRT itu muka ayah itu bertukar muram,dia membiarkan anak-anaknya bermain-main dalam LRT tanpa menyekat kemahuan mereka.Kanak-kanak tu bermain suka hati dia sehingga menimbul perasaan kurang senang penumpang LRT lain.Salah seorang penumpang mendekati si ayah tadi.Dia tertanya-tanya sikap si ayah anak itu sehingga sanggup membiarkan anaknya begitu tanpa berbuat apa-apa.Si ayah tadi membalas dgn jawapannya. Sebelum dia melangkah masuk pintu LRT dia mendapat panggilan hospital yang isterinya telah meninggal dunia.dia x sanggup memberitahu anaknya ketika itu sebab dia tahu bertapa gembira anaknya jika boleh jumpa dengan ibunya.Setelah mendengar penjelasan ayah tu,penumpang bertanya pun faham keadaan situasi tu.Akhirnya dia terima perbuatan anak ayah itu.
Pengajaran drp cerita ini.
Inilah sifat manusia ketika dia tidak tahu sesuatu seronoklah mereka di dunia sedangkan banyak lagi perkara yang dia perlu belajar dan tahu.
Malu bertanya sesat jalan..x tahu tanyalah ya.,.insyAllah dipermudahkan segalanya.

Tuesday, November 15, 2011

Nikah Kahwin

Jika ummah islam ke mekah untuk menunaikan haji untuk menyempurnakan rukun islam mereka,bagaimana pula dengan mereka yang bernikah kahwin.semestinya ada persamaannya.nikah kahwin itu jalan kita menyempurna agama kita juga.Sesiapa rasakan dirinya sudah bekemampuan untuk kahwin,lakukanlah dengan yakin.Yakinlah Allah sentiasa bersama orang yang menegakkan agamannya.
Indahnya NIKMAT ISLAM

Tuesday, November 1, 2011

Tazkirah Diri

Kadang-kadang fikirlah!!!
Jika kita rasa ada mata ,lihatlah ciptaan keagungan Allah
Jika kita rasa ada telinga, dengarlah ayat-ayat zikir pada Allah
Jika kita rasa ada, kaki pergilah ke tempat menegakkan kalimah Allah
Jika kita rasa ada hati niatkan amalan semata-mata kepada Allah
Jika kita tahu semua itu diciptakan diluar kemampuan kita,
cuba fikir mengapa pencipta memberikannya...Allah maha mengetahui segalanya
Jom sama-sama menggunakan pada tempat yang disukai Alllah s.w.t

Kata hikmah_1

Banyak mata yang berjaga malam, banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang sudah atau akan terjadi. Tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh mendorongmu hilang kewarasan.

Kelmarin, Tuhan telah membantumu. Percayalah esok Dia masih akan tetap menolongmu. Bersangka baiklah kepada Allah.

[al-Imam as-Syafi'e rahimahullah]