Fiqah fid dinn

Monday, August 15, 2011

Pengalaman di negeri Pulau Mutiara

Alhamdulilah syukur segalanya selesai apabila aku melengkapkan latihan praktikalku di Pulau Pinang.Pelbagai pengalamanku perolehi sepanjang berada di sana. Aku pergi ke sana bersama dua orang rakan senegeriku.Walaupun kami menghadapi pelbagai rintangan sepanjang berada di sana,kami tetap bertahan sehingga berjaya menamatkanya.Dalam pejalanan hidup di sana, aku menempuh pelbagai peristiwa yang menampah rasa syukur pada keputusan Allah taala.
Dalam menyesuaikan persekitaran kerja penuh dengan gelegat perangai orang bermacam-macam ragam. Aku merasai sendiri kesusahan seorang teknikal membaiki sebuah pam dan membetulkan pam yang rosak.Bukan senang seorang itu bertahan dengan kerja yang memerlukan kesabaran dan ketekunan dalam gerak kerja.Kerap kali aku ditegur secara kasar oleh juruteknik di situ.aku sering kali cuba menerima teguran itu sekalipun sakit hati rasa setiap kali terkena.Akhirnya aku berjaya menerimanya.Pelajaran yang ku perolehi adalah kita tidak boleh menghukum orang sewenang-wenangnya adakalanya apa diberitahu itu perlu dinilai terlebih dahulu sebelum memembuat tindak balas.
Jaga hubungan dengan manusia walaupun berlainan agama.