Fiqah fid dinn

Sunday, December 25, 2011

Menghargai serorang sahabat tidak dengan melontarkan pujian sahaja tanpa mengendahkan sesuatu keburukan yang menimpa dirinya.
Jika sahabat itu lemas di tepi sungai yang deras mana mungkin dia boleh selamatkan diri begitu sahaja.Anda sebagai sahabat hulurkan sebatang kayu untuk memudahkannya berenang ke tepi tebing.
Begitu juga hal dengan kehidupan,
jika kita lihat sahabat kita kelaraan atau kesusahan,bantulah semampu anda boleh.
Jangan hidup pentingkan diri.peka sekeliling anda,
Anda mampu mengubahnya.
Ceramah drp Ustaz azhar di masjid Kuantan Pahang.20.12.2011
isi kandungan yg menarik utk dikongsi kan.
Jangan suka menimbulkan kemusykilan dalam perkara-perkara khilaf ulamak..benda tu x perlu dipertikaikan..orang nk buat baik jangan dihalang.
Eloklah kita soalkan pada perkara-perkara yang jelas haram di sisi agama tetapi masih ada yang buat x endah .
perumpamaan yang mengambarkan hal di atas
Pada suatu hari..ada sebuah kereta ferari memotong laju kenderaan lain di atas sebuah lebuh raya.Kelajuan kereta ferari itu sukar ditandingi oleh mana-mana kereta lain.pemuda kereta itu bernama ali.Ali berasa teruja dapat memiliki kereta sehebat ferarinya,kebetulan dalam pejalanan dia dahaga ,dia singgah di sebuah kedai kopi.Dia berhentikan kereta di hadapan kedai itu.Dia pun masuk dalam kedai kopi itu dan mula sembang pasal kereta kehebatan kereta ferari dia.Dia memuji kehebatan kereta ferari dia itu sehingga dia percaya tiada yang boleh lintas kereta ferari dia.Dalam masa yang sama,datang seorang lelaki lintas di hadapan kereta ferari itu.Lelaki itu terdengar sembang ali dengan rakan -rakan kedai kopi tersebut.Lelaki itu berasa mahu beri pengajaran pada ali.dia pun masuk dalam kedai kopi dan memesan air "KOLO" itu.selepas itu.lelaki itu pun tegur ali dan menyatakan dia boleh memotong kereta ali itu.Ali terhairan lalu bertanyakan bagaimana dia boleh lintas kereta dia.dia tadi berjalan di di hadapan dia.ali malu dengan perbuatan dia tadi.Tidak terfikirlah dia ada orang boleh mencabar dia.
pengajaran cerita itu,kita bangga-banggakan dengan perkara yang remeh temeh sedangkan perkara itu bukan sesuatu yang penting untuk dibesar-besarkan.

p/s Ni contoh je ya..x da kena mengena hidup dan mati..kadang2 contoh ni perlu ..buat orang lagi faham apa yng kita nk sampaikan
Pernahkan anda berpengalaman menanti di persimpangan jalan?.
Ketika itu, anda terkeliru ke arah mana jalan sebenar.Anda mula bertanya padangan orang dengan mempertimbangan pandangan orang sekeliling anda. Setelah berfikir sejenak, semua itu telah membuka minda anda untuk tidak tersempit dalam membuat keputuasan bijaksana.
Kurangkan sifat keegoan,tinggikan sifat keterbukaan.
Anda menilai dan anda mampu mengubahnya