Fiqah fid dinn

Sunday, February 13, 2011

Coretan peringatan

Assalamualaikum w.b.t
Hai Kawan-kawan,
Selamat Pagi Semua
Hari ini niatkan di hati
Kerana Allah segala urusan kita
Nabi Muhammad ikutan kita
Ingatlah sentiasa
Mati penamat hidup kita
Kubur tempat persoalan kita
Maksiat mainan kita
Dosa tangisan penyesalan kita
Kebajikan buruan kita
Pahala dambaan kesyukuran kita
Di manakah tempahan penamat kita ?
Syurga atau Neraka
Jawapan pilihan kita

Contohilah pejalanan 4 golangan ini
1)Nabiyiin(Para Nabi)
2)Siddiqin(Para penyanjung kebenaran)
3)Syuhadaa(Para pejuang di jalan Allah)
4)Solihiin(Para pencinta kebaikan)
InsyAllah kejayaan dalam kebaikan akan menjadi milik kita
Segalanya untuk Allah( Allahuakhbar)

Thursday, February 3, 2011

Meniti Tahun Baru Cina


Salamu Allahualaikum.
Hari ini adalah sambutan tahun baru Cina bagi golongan yang berbangsa Cina.Perayaan ini diraikan meriah sekali dengan kedengaran bunyi letupan mercun bingit kedengaran.Apa yang istimewa di negara kita perayaan ini boleh dikunjungi oleh semua bangsa.Konsep rumah terbuka menjadi budaya tradisi diamalkan.Allah S.W.T memrintahkan hambanya berkenal-kenalan dan bersua muka dengan bangsa-bangsa lain.Jurang perbezaan kaum dapat dkurangkan dan dalam pada masa yang sama eloklah seorang muslim itu menonjolkan budi perkerti mulia.Sikap dan tingkah laku kita akan diperhatikan sekiranya kita mengunjungi atau besahabat dengan bangsa berlaianan agama.Cuba kita renung bagaimana rasullah menyebarkan dakwah islamiah tanpa keluh kesah.Sebaliknya utuh iman rasullah sehinggakan malaikat cuba menghukum sebilangan puak quraisy mengasari nabi dengan lontaran batu.Kesakitan dilakukan tidak diambil kira kerana memahami mereka golongan yang kurang mengetahui tentang islam
Oleh itu,hormati budaya kaum lain,perpaduan dalam negara kita akan utuh sekaligus mejadikan negara kita aman damai.InsyAllah, semuanya tampak indah dalam kehidupan muslim.WaLhuA'lam
xie xie