Fiqah fid dinn

Tuesday, January 25, 2011

Seruan Dakwah

Alhamdulilah,hari ini saya diberi ilmu oleh Allah S.W.T untuk mengarang sesuatu untuk renungan bersama.Tajuk perbincangan kita hari ini adalah tanggyngjawab seorang pendakwah.Terlebih dahulu saya ingin ucapkan "syukran jazilan" sesiapa yang sudi menjenguk blog saya ini.Semoga entri dalam blog ini boleh diambil pengajaran untuk kebaikan bersama.
Pendakwah dalam bahasa arab disebut "Ad Daaei" berasal dari perkataan daa' yang bererti seru.Merujuk pada perkataan tersebut pendakwah boleh diertikan sebagai penyeru.Oleh itu,pada hakikatnya,setiap daripada umat nabi kita adalah seorang pendakwah,Nabi pernah bersabda "Balliruni wa la aayah" bermaksud Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat.
Kalau direnung sekejap,nabi menyuruh kita berdakwah,adakah berdakwah hanya layak kepada mereka yang bergelar ustaz sahaja?Namun inilah yang berlaku dalam masyarakat kita,ustaz dan ustazah disalahkan apabila keputusan peperiksaan pelajar mendapat markah rendah.Banyak umpatan boleh kedengaran sehingga ustaz dan ustazah sahaja memikul tanggungjawab itu.Kenapa hal ini boleh berlaku?Tertanyakan.
Pada pengamatan saya ,mungkin hidayah Allah itu bukan mudah orang boleh memahaminya.
Secara betulnya,sememangnya tanggungjawab dakwah wajib dipikul bersama sama ada mereka itu muda,tua,kaya, atau sebagainya.Dakwah merupakan amalan sunnah rasullah yang teragung.Sekiranya rasullah seorang yang pentingkan diri mana mungkin islam sampai di negara kita ini.SubahanAllah.
Wahai pembaca yang budiman
dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara.Cuba kita renungkan hadis yang rasullah pernah bersabda:"Al muslimu man salima al muslimi min lisanihi wa yadihi" yang bermaksud :orang islam adalah golongan yang menyelamtkan saudara islamnya yang lain dengan lidahnya(PENULISAN) dan tangannya(PERBUATAN).Lihatlah Allah kasih pada hambanya sehingga menghantar rasulnya kepada kita.Nabi juga telah meninggalkan kita
2 panduan yang kita tidak akan hidup sesat selagi berpegang teguh pada keduanya.
Al quran dan as sunnah.
Namun begitu,kita tidak boleh meletakan dakwah hanya pada tazkirah sahaja kerana perlu melakukannya melalui 2 cara.
1) (PENULISAN)
2)(PERBUATAN)
Saya akan huraikan serba sedikit bagaimana kita berdakwah melalui 2 kaedah ini.
Kaedah penulisan
MasyAllah ramai manusia mempunyai kemahiran ini,kemahiran ini sangat populor.Secocok dengan golongan penuntut sama ada di peringkat rendah mahupun tinggi boleh melakukannya.Apa guna kita belajar berpuluh-puluh tahun kalau sehari kita tidak boleh menulis sesuatu untuk menngajak orang ke arah kebaikan.Gunakan kemahiran tersebut selagi anda masih berdaya melakukannya.

Kaedah Perbuatan
SubahanAllah,tahniah kepada mereka berani melaksanakan urusan dakwah melalui kaedah ini.Mereka menyampaikan dakwah dengan berucap di khalayak ramai sehinggakan orang mengagumi akhlak yang ditunjukkannya.Akhlak itu terbentuk hasil taat dan cinta kepada kekasih Allah.Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan seorang garang dan kasar apabila berdepan dengan orang kafir(musuh Allah),berlembut apabila berjumpa denh gan orang mukmin.

Sebagai seorang pemuda dan pemudi islam ayuh kita sama2 tegakkan panji islam selagi nyawa di kandung badan

"Jihadu fi sabillilah,Assamaama nina."
InsyAllah...Allahu Akhbar!!!

Monday, January 3, 2011

Azam tahun Baru 01/01/2011

Selamat Tahun Baru 2011
Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi dengan segala limpah kurnia mengizinkan diriku ini menulis blogku ini.Blog ini merupakan blog sukarela pertamaku yang ku harapkan segala pengisian dalam blog ini adalah dari tulisan penaku.Segala kecacatan dan keburukan blog saya ini dapat diperbetulkan oleh sesiapa.Di samping itu juga,saya merupakan seorang penulis blog yang baharu..sama-sama kita manfaat daripadanya.
Pada kali ini saya ingin memberitahu bahawasanya terputusnya amalan anak adam di dunia ini melainkan 3 perkara akan dibawanya.
1) sedekah jariah
2) ilmu yang dimanfaatkan
3) anak yang soleh

Bersempena tahun baru ini kita kebiasaannya akan menetapkan azam baru kita.Kalau boleh cuba pahatkan dalam minda kita pada tahun baru kali ini kita ingin menjadi hamba Allah yang lebih bertakwa.

"Sesungguhnya semulia-mulia di sisi Allah adalah mereka yang paling bertakwa antara kamu"