Fiqah fid dinn

Tuesday, December 28, 2010

Karya Pejuang

Nukilan_1
Pemuda jangan disangka rendah..
Dewasa jangan dipandang tinggi..
Hati pemuda boleh membarah..
Sampai Tahap sanggup letupkan diri..
hIdup 3x
pejuang islam..
syahid itu di tangan tuhan
Jangan mati di tengah jalan
Biar berjasa di bumi tuhan
Mati esok ketentuan Tuhan..
Hidup jihad para muslimim....

Nukilan_2
Diri ini tidak sekuat Askar
Tidak pula sekerdil semut
Berjuang memanglah sukar
Asalkan jangan asyik bersunggut

Kita generasi pelajar islam
Penuhi ilmu selagi terdaya
Teladanilah Sejarah islam
Lalui Jalan orang berjaya


Sokonglah kegiatan islam dan Sumbanglah sesuatu
Sedikit amal dunia adalah janji bekalan ikhlas menuju ke Alam Baqa'

Thursday, December 23, 2010

Menghayati ciptaan Allah

SubahanALLAH
Allah S.w.t menciptakan langit dan bumi yang indah ini sebagai tempat kehidupan makhluk ciptaanNYA.Setiap makhluk ciptaan Allah mempunyai kelebihan dan kekurangan diri sendiri.Cuba kita fikir akan ciptaan seekor semut yang Allah jadikan.Lihat fizikalnya begitu kecil.Bagaimana dia boleh mempertahankan dirinya?
Segalanya nampak mustahil di mata kasar kita.Ibarat kejadian semut tidak berguna kepada kita.Apa yang kita sering lihat semut selalu mengurungi kawasan yang manis seperti gula atau makanan lain.Semut mengangkat cebisan makanan itu beramai-ramai ke sarang mereka sehinggakan kita tidak sedar akan kegiatan mereka.
Allah S.w.t memerintahkan kita supaya berfikir tentang kejadianNYA bukan pada zatNYA.
Sememangnya benar kata Allah,kita hanya boleh melihat benda yang tertentu sahaja.Deria penglihatan kita adalah terhad mana mungkin kita mampu melihat Allah.SubanAllah hebatnya ciptaan Allah
Hari ini saya ingin mengajak pembaca sekalian apa yang boleh kita pelajari dari seekor semut.Kenapa nama semut dimuliakan? Sehinggakan ada surah bernama semut
(An Naml)di dalam Al-Quran.Kajian ini adalah dari pemerhatian saya.

Amalan sikap tolong menolong antara mereka
Semut adalah makhluk yang suka bantu membantu di antara mereka.Walaupun saiz badannya kecil namun mereka pandai memanfaatkan kuantiti bilangan mereka.Mereka mengusung makanan itu bersama-sama ke tempat sarang mereka.
Pengajaran
Kita hendaklah membudayakan sikap tong menolong dalam hal ehwal kehidupan kita sama ada bersifat ukhrawi atau duniawi.Kita sepatutnya meringankan beban rakan kita sekiranya dia mempunyai masalah ibarat kesusahan seekor semut mengangkat makanan itu kesorangan.Sudah tentu tidak terangkatkan.Setelah mereka berkerjasama segalanya nampak mudah.
(Tiada yang mustahil untuk perkara yang mustahil)

Amalan rajin berushaa dalam gerak kerja
Semut merupakan makhluk yang rajin berusaha mencari rezeki.Satu-satu ekor semut akan pergi merayau mencari makanan di mana-mana tempat.Apabila sudah ditemui terus diberitahu rakan-rakan semut lain membantu.
Pengajaran
Setiap muslim mestilah rajin beruasaha dalam apa jua usaha yang ingin kita capai.Kita hendaklah mencari ilmu pengtehuan tanpa batasan masa kerana ilmu sangat penting kepada kehidupan manusia.Apabila kita mempunyai pengetahuan dalam sesuatu hal,kita boleh membantu mereka menyelesaikan masalah mereka.Jangan seorang malas kerana kelak kamu rugi.
(Siapa rajin dia dapat ,Siapa malas dia rugi)
Amalam bijak berstrategi dan kerja bersistematik dalam penyusunan kerja

Semut mengamalkan sistem tertentu dalam mengerakkan makanan mereka.Mereka membuat pembahagian tugas seperti ada yang menjadi askar,pengawal dan puteri.Mereka mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan kesejahteraan semut dikecapi bersama.Mereka juga bijak dalam mengatur strategi sekiranya keadaan sarang mereka diceroboh atau musnah.Mereka berjalan dalam satu garisan yang memanjang seperti ada sesuatu yang memandu mereka melakukan hal tersebut. Apabila digangu mereka bijak melarikan diri beramai-ramai.
Pengajaran
Kita hendaklah menyusun strategi dalam gerak kerja kita.Kita perlulah mempunyai jadual waktu yang akan dipatuhi oleh semua orang.Kita juga perlulah tahu mengambil peranan dengan melaksankan kerja yang diberikansebaik mungkin.KIta perlulah mempunyai jalan penyelesaian yang kedua sekiranya strategi pertama tidak berhasil
Kita juga hendaklah bersedia dalam apa jua keadaan apabila keadaan memerlukan.
(Bersatu teguh bercerai roboh)

Sebagai salah seorang makhluk ciptaan ALLAH kita sewajarnya memerhatikan kejadian-kejadian Allah yang lain.Pelajarilah apa yang ada disebalik perkara tersirat dalam kejadianNYA.Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu pun sia-sia.Sama-samalah kita nikmat kejadian Allah S.w.t
..Lahaula wa quatailla bi Allahi Aliayil Azim...

Monday, December 20, 2010

Kisah seorang teman


Setiap manusia memiliki perasaan masing-masing sama ada suka atau duka semua itu lumrah kehidupan.Namun begitu,melakukan pengorbanan dalam satu perasaan kita tidak sangka datang adalah sukar.Perasaan itu dinamakan cinta.berjuta juta manusia dikaburi perasaan ini sehinggakan sanggup memberikan jiwa dan raga kepada kekasihnya .Walhal mereka tidak sedar hakakit sebenarnya cinta adalah milik Allah.Manusia telah meletakkan di tempat yang salah
Pengalaman yang dikongsikan ini adalah benar-benar terjadi diharap member pengajaran kepada yang membacanya.
Pada suatu masa dahulu ada seorang manusia bernama Zaim(Bukan nama sebenar).Dia adalah pelajar lepasan matrikulasi.Dia belajar begitu tertekan sehinggakan dia selalu berjumpa dengan pensyarah untuk menyelesaikan masalahnya.Dia berjumpa pensyarah untuk bertanyakan hal pelajaran sahaja sedangkan masalah lain masih berlaku.Fikiran dia selalu buntu namun segalanya lega sekejap selepas dia mengerjakan solat di surau berdekatan.Apa yang menarik tentang zaim dia baru sahaja memilik telefon bimbit ketika belajar di matrikulasi.Cuba banyangkan apa perasaan seseorang apabila pertama kali menggunakan telefon bimbit?Pelbagai perasaan cuba menghasut dirinya.Kawan-kawan pun menghambur pujian melampau.Fikiran menjadi celaru.
Suatu hari sewaktu zaim pulang ke kampung halaman,dia terserampak serorang gadis bertudung labuh.Gadis itu adalah kawan sekelasnya di sekolah lama dahulu.bermula detik pertama zaim mengenali seorang gadis.Mukanya begitu suci dan bersih.Bila dia tersenyum lega hati zaim memandangnya.Tanpa melengahkan masa zaim terus meminta nombor telefon gadis tersebut.Dia berjanji akan berjumpa semula .Zaim pun mula menambah kenalan dalam telefonnya.Zaim pun menghantar mesej kepada gadis tersebut.Rupa-rupanya dia belajar di matrikulasi Negeri Sembilan.Hari makin hari berlalu zaim bertambah mesra dengan gadis tersebut.Gadis itu selalu mengingatkan zaim supaya dapatkan 4 flat. Zaim tahu untuk mendapatkan keputusan cemerlang bukanlah mudah.Zaim sahut cabaran gadis itu.Zaim belajar bersungguh-sungguh sehingga seringkali mendapat keputusan memberansangkan.
Ada satu perkara yang tidak boleh lupakan di kampung,gadis tersebut ingin meminjam pendrivenya.Zaim tidak berkata banyak terus ke tempat gadis itu.walaupun segan persaaan memberikan pendrive,zaim beranikan diri kerana niat ingin menolongnya.Setelah gadis itu sudah menggunakannya dia menyerahkan semula kepada zaim.Dia berterima kasih kepada zaim atas pertolongan itu sambil tersenyum.Zaim pun membalas senyuman gadis itu.Setelah pulang ke rumah.zaim membuka pendrive miliknya dan mendapati gambar perempuan itu ada di dalamnya.Zaim terkejut dan cuba membuka apa lagi yang diberikan gadis tersebut.Zaim juga tidak menyangka akan mendengar lagu nasyid UNIC di situ.Barulah bermula minat zaim terhadap lagu nasyid kotemporari waktu itu.Lagu yang bertemakan sebuah pertemuan merupakan lagu yang penuh bermakna.Zaim selalu mendengar lagu itu.



Selepas habis belajar di matrikulasi,zaim ditawarkan ke proses temuduga guru.Zaim layak ditemuduga sebagai calon guru sains di UPSI.Zaim cuba menghantar mesej ke gadis tersebut kerana ingin bertanyakan hal tawaran guru.R upa-rupanya gadis itu mendapat tawaran sebagai calon temuduga guru biologi.Zaim tahu cita-cita gadis tersebut adalah doktor.Zaim cuba menghubungi tetapi tidak diangkat.Tiba-tiba ada seorang wanita mengangkat dan memberitahu gadis tersebut pergi ke bandar.Wanita itu ibu kepada perempuan tersebut.Setiba waktu temuduga zaim berjumpa dengan beberapa kenalan baru.Salah seorang kenalan itu belajar di Universiti zaim sekarang.Zaim sempat diberitahu nasihat oleh gadis tersebut supaya yakin diri apabila ditemuduga.Gadis itu ditemuduga awal beberapa hari sebelum zaim.Namum begitu,keputusan di umumkan zaim dan gadis tersebut gagal dalam temuduga itu
Selepas beberapa minggu zaim belajar di Universiti,zaim terasa rindu ingin berjumpa dengan gadis itu.Zaim menghantar mesej untuk bertanya khabar gadis itu.Setelah diketahui gadis itu dalam dilemma sama ada mahu menyambung pelajaran di sabah atau ke mesir.Zaim mula memberikan nasihat kepada gadis tersebut dan memesan beberapa kata2 semangat sama ada belajar di sabah atau di Mesir.Ibubapa gadis itu ingin melihat anaknya belajar di Mesir.Zaim menyokong segala tindakan gadis itu sehinggakan zaim sanggup meminjamkan buku fizik miliknya kepada gadis tersebut.Walaupun ketika itu hujan.zaim tidak patah semangat membantu gadis itu.Tiba-tiba setelah berberapa minggu kemudian zaim terdengar kawan-kawan zaim bercerita tentang gadis itu.Gadis itu akan ke mesir.Betul ke ni? Pada suatu malam zaim menalefon gadis itu dan gadis itu terkejut apabila zaim memberitahu.Pada mulanya dia ingin membuatkan zaim tidak ketahui lagi sehingga dia beritahu sendiri.Zaim rasa terharu mendengar hasrat gadis itu.Zaim menasihat gadis sembahyang hajat banyak2 supaya Allah memberikan kekuatan kepadanya.Zaim juga sempat menghadiri majlis kenduri doa selamat di rumah gadis itu.
Walaupun zaim tidak pernah menyatakan dia cinta pada gadis itu,tiada sesiapa pun tahu apakah perasaan gadis terhadap zaim sebelum itu.Zaim juga seorang pelajar sekolah agama.Dia tahu bahawa cinta itu tidak boleh diluahkan sewenang-wenangnya sehingga zaim memiliki isteri zaim sendiri.Cinta itu hanya milik isteri zaim.Zaim berharap gadis tersebut memaafkannya jika ada melakukan kesilapan.Ada sedikit kejayaan zaim sangat hargai apabila melihat gadis itu lebih cintai Allah dan rasulnya bebanding yang lain.Kasih sayang gadis itu cuma untuk kedua ibubapanya.Harap dirinya menjadi solehah selalu.Mungkin ini perbualan mesej mereka dahulu.
p/s: Berkawan biar beribu berteman biar satu.

Pengajaran dari peristiwa ini
Ikhlas diri anda berkawan dengan seseorang walaupun berlainan jantina
Jalinkan Ukhwah kerana Allah
Selamat berjuang semua kawan-kawan
ku

Hidup seorang pendakwah



SubahanAllah wa alhamdulilah wa ilahalilah wa Allahuakhabr
Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana member ku nikmat yang tidak terhitung banyaknya.Sebesar-besar yang diberikan Allah adalah nikmat islam dan iman.Sesuatu yang tidak dapat di sangkal lagi kedua-dua nikmat ini adalah anugerah yang tidak ternilai yang kebanyakan manusia wajib mencarinya.
Lihatlah di sekeliling anda banyak lagi makhluk ciptaan Allah tidak di berikan nikmat ini.Mereka kekal dalam keadaan belum memeluk islam dan ada yang tidak memliki agama.Adakah mereka menyedari proses pernafasan  itu berlaku tanpa henti?.Apakah yang manusia fikir semua itu adalah terjadi sendiri?.Sebagai seorang muslim sudah tentu kita ketahui ,segala nikmat yang Allah berikan tidak mampu dibalas.Kita hendaklah bersyukur kepada Allah di atas nikmat kehidupan ini
Allah memerintahkan kepada kita melakukan dakwah kerana tanggungjawab dakwah adalah kewajipan bersama.Kita hendaklah menyuruh manusia melakukan kebaikan,  melarang manusia daripada melakukan kejahatan,               dan beriman di jalan Allah.Kita seringkali mengatakan tidak layak lah atau apa-apa alasan asalkan dia boleh menyisihkan diri dari jalan dakwah.
Wahai saudara-saudari
Kehidupan  umat islam makin hari semakin teruk dari sudut jenayah dan perilaku akhlak.Keadaan ini terjadi akibat daripada kelalaian umat islam menegur kesilapan dan dosa-dosa yang dilakukan tanpa ada rasa segan dalam diri.Bacalah akhbar dan majalah yang memaparkan beberapa kes yang berlaku di negara kita.bolehkah kita bercekak pinggang sambil menyatakan “ biarlah mereka bukan adik beradik aku”.Sikap ini tidak sepatutnya dimiliki sekiranya umat islam menghayati rukan iman dan islam yang kita  percayai.
Selain itu,jelaslah kepada kita bertapa penting umat islam terlibat dalam urusan dakwah.Dakwah boleh dilakukan dengan menggunakan kelebihan dan peluang yang kita miliki untuk mengajak mereka ke  arah jalan kebenaran.Jangan pedulikan akan pangkat dan kedudukan kita memiliki.Kita sumbangkan tenaga dan kewangan seikhlas yang boleh supaya segala pergerakan dakwah berjalan lancer.       Sertailah kumpulan dakwah yang boleh menyediakan kepada kita peluang berdakwah secara bersistematik yang yang memfokuskan hal tertentu seperti program dakwah orang asli,atau bimbingan kepada mualaf.
Carilah ilmu dengan membudayakan budaya membaca kerana banyak membaca boleh menjadikan  seseorang berilmu pengetahuan yang tinggi.Sampaikan pesanan rasullah secara hikmah dan teratur walaupun pesanan itu mengenai keaibaan diri sendiri.Sebagai seorang yang mengaku beragama islam Ayuh kita bersama-sama membantu urusan dakwah tidak kira apa bangsa dan warna kulit asalkan kita bersatu di atas nama agama ISLAM.Islam adalah agama Allah s.w.t.Oleh itu,yakinlah bahawa orang islam adalah mereka yang menyelamatkan diri orang islam yang lain dengan tangan(penulisan) dan lidah(percakapan).
Kita bantu agama Allah ,Allah akan bantu kita.Hidupkan perjuangan islam ………………….Allahuakhbar 3x

Wednesday, December 8, 2010

Ikrar Hidup Seorang Hamba Allah

Kehidupan adalah suatu benda yang amat indah bagi manusia yang menikmatinya.Hidup ini tidak akan bermakna melainkan individu itu sedar akan hakikat seorang muslim.Muslim bererti tahu erti kata junjung titah perintah Allah taala.Allah taala memilih kita sebagai penghuni tubuh setelah kita berjanji di alam roh.Sewaktu itu kita berjanji bahawa Allah adalah tuhan yang selayaknya disembah.Setelah itu,roh kita ditiupkan dalam badan kita perolehi nanti.Tubuh badan yang kita memiliki adalah barang pinjaman saudara.Segala kelebihan dan kekurangan yang pada tubuh kita perlu terima seadanya.Janganlah kita menyalahkan pada takdir sahaja sedangkan segala keburukan yang menimpa kita adalah perbuatan kita sendiri.Oleh itu saya  ingin menyatakan beberapa perkara kita perlu patuh dan taat kepada Allah taala.Perkara-perkara tersebut adalah kefahaman saya.Betulkan saya jika ada yang tersilap.

1)Allah memberikan kita nikmat dan rezeki di dalam kehidupan seharian
Sedarkah kita bertapa banyak nikmat dan rezeki Allah kurniakan termasuk nafas yang kita sedut sehari-hari.
 nikmat nafas ini bukanlah suatu harga yang boleh kita kirakan kerana sesuatu pemberian Allah adalah kurniaan tiada tolak bandingnya.Setiap nikmat yang dirasai sesorang adalah berbeza-beza. mengikut kadar yang ditentukan.Kita perlu menyedari bahawa setiap nikmat yang Allah berikan akan dipersoalkan di waktu pengadilan alam akhirat nanti.adakah nikmat boleh dihitung?sudah tentu tidak boleh.Oleh hal demikian,bersyukurlah terhadap nikmat yang kita perolehi walaupun ia adalah sedikit.Jangan gunakan nikmat itu ke arah perkara-perkara maksiat

2)Allah taala menciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepadanya
Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang diamanahkan dengan tanggungjawab yang berat di dunia ini.Namun begitu,kita memiliki sesuatu yang tidak dimiliki oleh makhluk- makhluk lain iaitu nikmat akal fikiran.Akal fikiran ini digunakan untuk menimba ilmu pengetahuan atau menjalankan tugas-tugas harian kita.Kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan kerana sikap terburu-buru boleh mengakibatkan kecelakaan kepada diri sendiri.Apabila kita melakukan ibadah jangan melakukannya tanpa belajar kerana beramal taala ilmu adalah sia-sia.Setiap amalan kita perlulah juga diniatkan sebagai ibadah suapaya segala perbuatan kita diberi pahala oleh Allah taala.Dalam pada itu juga kita diajar berikrar di dalam solat dengan membaca doa iftitah.Doa iftitah adalah sunat yang mengajar kita lafaz kita ucapkan tentang hakikat segala perbuatan kita ini dilakukan kerana Allah taala.Oleh itu,janganlah berdusta terhadap Allah taala .Sesungguhnya Dia lebih mengetahui segala-segala perkara sembunyi mahapun terang-terang.

3)Allah  taala menjadikan kita melalui perantaraan hubungan ayah dan ibu kita
Manusia wujud  pada mulanya disebabkan oleh perhubungan seorang lelaki dengan seorang wanita.Perhubungan ini ada yang halal dan haram.Halal apabila seseorang itu telah berkahwin dan sebaliknya haram adalah dari perbuatan zina.kita hendaklah bersyukur kepada kejayaan emak dan ayah kita bersatu hati melakuakan tanggungjawab yang diamanahkan.oleh itu, kita hendaklah mentaati kedua ibu  bapa yang banyak berjasa terhadap anak mereka.Walhal kita anak juga akan menempuh laluan yang sama seperti mereka.Sehubungan itu juga kita perlu banya menolong mereka dalam urusan yang disuruh atau sukarela kerana perbuatan itu boleh menambah kemesraan kita dengan ibubapa kita disamping mentaati perintah Allah taala.Keredhaan Allah taala terletak di bawah keredhaaan ibubapa

4)Allah menggariskan halal dan haram dalam islam
Manusia tidak boleh swenang-wenanag melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang yang ditetapkan sama ada undang-undang itu ciptaan manusia lebi-lebih lagi Allah taala.Kita sering melakukan dosa akibat keterlanjauran atau kesengajaan kita sendiri walahl kita mampu mengubahnya.Kita perlu mengetahui hukum halal dan haram dalam islam.Tangggungjawab menuntut ilmu adalah suatu prosess kita belajar menjadi orang yang tahu menilai.Kita hendaklah cermat dalam segala urusan kita baik belajar ataupun bekerja.Jangan kita memandai-mendai menghukum sendiri asalakan segala hasrat kita tercapai .Percayalah saudara tiada keberkatan dalam urusan kita tanpa mengambil berat akan hukum Allah taala di dunia ini.Hukum Allah adalah sesuai sepanjang zaman.tiada kecacatan didalamnya.Sesipa yangberani melanggar hukum Allah besedialahmerasai kesakitan api neraka.. 


  5)Allah taala memerintahkan manusia dan makluk lain mengingatiNya sepanjang masa
Sudah kita ketahui bahawa kita adalah khalifah Allah di bumi ini.Adakah kita menunaikan tanggungjawab ini?
tanyalah diri anda sendiri.Syaitan merupankan musuh utama munusia sejak nabi Adam lagi.Misi mereka adalah mahu mengumpul sebanayak mungkin golongan manuisa yang mengikut jejak langkah mereka ke neraka padahal nereka adalah sebeuruk-buruk tempat kembali.Oelh hal yang demikian,Allah taala menyangi hambanya dan menyuruh kita sentiasa mengingati Nya sepnjang masa.Kita diwajibkan solat lima waktu.Solat merupakan jalan terbaik kita bermunanjat dan memohon ampum terhadapa segala kelemahan diri kita kepada Allah tala.Kita juga boleh mengingati Allah taala melalui berzikir dan seelok-eloknya kita mencontohi nabi muhammad s.a.w dalam segala hal harian kita.Mudah-mudahan dengan menginagi Allah taala hati kita menjadi tenang.


Kesimpulannya,tanggungjawab yang dipikul oleh kita bukanlah sesuatu yang boleh kita abaikan kerana kejadian kita memberi kita peluang meraih syurga Allah taala.Syurga Allah taala adalah seabik-baik tempat kesudahan.Kita haruslah berhati-hati di dalam kehidupan dunia ini terutama sekali berkaitan penjagaan hati kita.Hati merupakan tempat utama jagaan manusia.Kerana  bersihnya hati seseorang baiklah budi perkertinya jika kotor hatinya maka buruklah perangainya.Justeru itu jadilah manusia yang selalu menginginkan keredhaan Allah taala.Ingatlah bahawasanya semulia-mulia makluk ciptaan Allah adalah mereka yang paling bertakwa.
 

Monday, December 6, 2010

Sajak seorang teman

Sajak buat teman seperjuangan



Susahnya belajar

Susah tiada siapa yang tahu,

Derita dalam melawan kehendak nafsu

Syahid menanti ilkhlasmu



Jauh dekat pejalanan kita

Bumi tuhan semua yang punya

kita insan biasa

berjuang di jalan atas izin-NYA



Susahnya nak faham,

Bahasa berlainan kita tuturkan,

cuba fahamkan untuk mengarang,

Sebelum simpan minngu peperikasaan.



Rindu di hati siapa yang tahu

teman jauh di perantauan

teruskan berjuang untuk ummah

menanti berkhidmat suatu masa



Susahnya nak ingat

Zikir dibibir jadi santapan

buat rohani di hati perjuang

menuntut ilmu satu kewajipan



Fokuslah wahai teman

jangan fikir tentang hubungan

fikirkan tentang pelajaran

hubungan manusia dan tuhan harus diteruskan



Susahnya belajar

penat jangan kita berkira

niatkan iklas perlu sejajar

Nikmat keputusan kita gembira



Wahai teman

tidak Allah tinggalkan kita keseorangan

solat  sunat kita kerjakan

sabarlah apa sahaja keputusan tuhan



Allah maha mengetahui baik dan buruk perjalanan kita

Hidup ini ADAlah suatu Ujian.

Sabarlah wahai teman seperjuangan

Kejayaan dan kegagalan adat kehidupan

Pesanan bersama

Assalamualaikum w.b.t 
Hari ini saya akan menyampai sedikit pengkongsian buat seluruh pelajar muslim dan muslimat di bumi Allah taala ini
Sedarkah kita di atas dosa-dosa yang kita lakukan walhal kita adalah hanya insan biasa sahaja.
Kita tidak dicipta sekadar sia-sia .Kita ada tujuan dihidupkan di muka Bumi Allah S.W.T ini.
Kita perlu bangkit daripada kealpaan kita secepat mungkin disebabkan oleh kematian akan tiba pada bila-bila masa.]
Sekalipun kita disembunyikan di mana penghujung hidup kita dan tempat kematian kita.
Kehadiran kita di sini diukur dari segi sejauh mana amalan kebajikan yang kita perolehi.
Allah menjanjikan pahala dan dosa setiap amalan kita kerjakan.
Justeru itu,mereka yang sudah celik dan jelas tentang halal dan haram sesuatu hukum agama wajarlah kita berpegang teguh pada jalan kebenaran.
Namun sekiranya kita dibelenggu dengan dosa kita haruslah sedar setiap dosa yang kita lakukan akan membawa kita neraka .
Nakkah kita kita ke sana?
Sekiranya anda merasakan jiwa dan raga anda adalah milik Allah( janganlah anda biarkan hidup anda di jalan yang salah.)
Pilihlah jalan yang betul dengan menilai baik dan buruk sesuatu perbuatan yang kita lakukan berlandaskan syariat islam .
Bagi yang berdosa bersegeralah bertaubat( jangan sampai anda mati dengan penamat yang merugikan).
Waalua'lam Sebarkan lah syariat islam 
 (Ad-din nu annasihat : Agama itu adalah nasihat)