Fiqah fid dinn

Wednesday, March 27, 2013

CERMIN DIRI

Bilaku lihat cermin ku sedar siapa diriku,
Buruk atau baik diriku adalah tanggungjawab aku,
Jatuh atau bangun hanya aku yang rasai,
Biarlah orang sangka apapun padaku,
Aku sentiasa menyayangi diriku.Thank You Allah
Sayangilah diri anda,Syukurlah apa yang kita ada,Insha Allah..Segalanya baik untuk diri kita.
"Always with Allah in our heart"

PERNIKAHAN

Pernikahanan adalah ikatan sah perhubungan halal dua insan membina rumah tangga mereka.JIkalau kita lakukan perhbngan atas dasar berkenal-kenalan dengan tjuan merapatkan ukhwah sesama muslim digalakkan. Namaun jika sesiapa yang melakukan perhubungan sebelum pernikahan hati-hatilah dengan jerat-jerat syaitan.Sesungguh syaitan musuh umamah islam yang utama.Indahnya ISLAM~

PANTUN SAHABAT

Anak ungka terbang cepat,
Anak kedidi berjalan sedepa,
Bukan senang mencari sahabat,
Sahabat berbudi sukar dijumpa.

Pohon mengkudu tumbuh rapat,
Rapat lagi pohon jati,
Kawan beribu mudah dapat,
Sahabat setia susah dicari.

SAKIT

Sakit,sakit, dan sakit
Sakit hati bila talimu didusta,
Sakit mata bila bungamu dihina,
Sakit telinga bila radiomu dikutuk,
Sakit jiwa billa tali,bunga dan radiomu dikhianat.
Tali lambang "kepercayaan"
Bunga lambang"kecantikan"
radio lambang "kebenaran"
P/S " Janganlah mudah menghukum orang tanpa usul periksa"

UNDI

"Aku ikut berperang bersama rasullah sebanyak tujuh kali,aku selalu ditempatkan di bahagian belakang pasukan.Akulah yang memasak makanan untuk mereka,mengubati tentera yang tercedera dan menolong orang yang sakit"-Kata-kata seorang mujahidah."Ummu Athiyyah

Tak sangka muslimah pun ikut serta perjuangan rasullah..mereka pun inginkan mati syahid dan mencari kemenangan untuk ISLAM ..kita sebagai muslimin perlu turut sedia memikul tanggungjawab bersama..PRU -13..undilah sebijaksana

SUMBANGAN

Adapun sedikit sumbangan anda lakukan pada masyarakat itu walaupun kecil di mata orang,kesan anda lakukan itu akan diingati berpanjangan ...boleh disamaertikan...Ketika kita berjalan di tepi pantai,
terserempak dengan tapak sulaiman,
kita mengambil tapak sulaiman itu lalu lemparkan ke laut semula,
Jika kita dengan tapak sulaiman itu berkata wahai saudara ,anda telah menyelamatkan saya,adapun ombak menolak tidak kesampaian saya semula ke laut
,Jasa baik saudara telah membantu saya..
Jikalau tapak sulaiman itu pandai berterima kasih,
apa ertinya manusia jika tidak pandai berterima kasih..

"Terima kasih"

-Hidup saling-melengkapi-

ILMU

Berilah manusia dengan "ILMU"
Sesiapa inginkan kesenangan dunia dengan "ILMU"
Sesiapa inginkan kesenangan akhirat dengan "ILMU"
Sesiapakan inginkan kesenangan kedua-duanya dengan "ILMU"
''Tidak terfikirkah kata-kata baik yang kita tulis atau cakap membolehkan penerima terkesan.Maka beruntunglah kita..kerana itulah SAHAM kita di akhirat kelak..
"ILMU yg boleh dimanfaatkan"

-ILMU-

RIBA

iba adalah tidak berlaku persetujuan antara dua-dua pihak...
Jika difikirkan banyak urusan kini melibatkan riba..
Hati-hati semua..Islam mengharamkan riba tetapi menghalalkan urusan jual beli
..segala urusan akan diselesaikan sekiranya berlaku persetujuan.,
Jika mereka suka mengkritik sesuatu urusan boleh jadi urusan itu menjadi riba...untuk elakkan semua itu,kita hendaklah bersangka baik dan redha terhadap apa yg tlh terjadi,,,berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t...

segala perkongsian maklumat ini tazkirah hari jumaat semalam di tempat saya..

semoga bermanfaat pd pembaca sekalian...

Muhasabah diri..

Muhasabah diri..

Sekali aku dalam kesulitan,aku selalu teraba-raba mencari jalan keluar,
Setiap itu juga aku merancang tetapi sayangnya apa yang aku rancang,sukar untuk aku jelmakan,
Aku sangat berharap untuk menyelesaikan sendiri,
apa dayaku lakukan kadang-kala keadaan buatku jadi tak tentu hala,
dalam waktu itu juga,aku tiba-tiba disapa pertolongan yang ku tidak sangka,
Darimanakah hadir pertolongan ini,
pertolongan itu hadir di waktu tahap kemucak aku dalam kesulitan,
tidak kiralah pertolongan itu datang dari mana,
namun aku yakin ini semua berkat doa-doa
teman-temanku kenali,
kedua ibubapaku,
atau doa-doa insanku tidak kenali,
hakikatnya aku yakin setiap pertolongan itu datangnya dari Allah S.w.t..
Dia telah rancang kehidupanku...Hanya Dialah aku patut berserah segala-gala..
Semoga pejalanan hidup tidak terpesong jauh daripada jalan keredhaanNYA..
"

Perkahwinan

Pandangan saya..tentang perkahwinan..
Setiap hari ada sahaja mereka yang berbicara tentang perkahwinan
Siapa yang tidak mahu kahwin,Yang tidak jawapan dia sahaja tahu alasanya,
Pada saya..perkahwinan itu satu bahtera yang dibina oleh seorang lelaki yang  ingin mencari pasanganya untuk mengharungi arus lautan.
Sebelum ini, lelaki itu hanya miliki sampan yang boleh bawa kemana sahaja dia ingin pergi,sampan itu bukti dia boleh berdikari.
jikakalu jodohnya telah tiba,dia berusaha membina sampan itu seluas-luasnya.Ketika itu dia bersiap-siap segala-gala buat jodohnya.
setelah akad nikah tercipta..sampan itu telah menjadi sebuah bahtera buat mereka berdua.

Bagi si lelaki... tangungjawab itu dia perlu pikul sebagai ganti beban ayah si perempuan itu dahulu,
Bagi perempuan..pilihan di tangan kamu..siapakah nakhoda kamu yakin boleh bawa kamu mengharungi arus lautan itu
arus lautan itu ada di dunia  ini dan akhirat nanti...
sekali kita sudah pilih, jangan  patah balik..teruskan pasti kita mampu mengharunginya..
buktinya lihatlah kejayaan ayah dan bonda kita sehingga kini..