Fiqah fid dinn

Thursday, September 22, 2011

Nukilan ILham Dalam FB

Apaila melihat kebelakangan ini,ramai kawan-kawan ingin hidup berpasangan,mereka ingin memilih calon-calon teman hidup mereka. Sebalik mereka menyemai mutiara cinta mereka,Adakah mereka sedar Allah memerhati hambanya.?
Kita boleh merancang sesuatu mengikut kehendak kita,jangan lupa ikutlah syariat yang dikendakiNya.
Sesungguh jodoh dan pertemuan adalah perancanganNya.
Berhati-hati dalam memilih pasangan hidup anda.
Anda dalam pemerhatianNya.Nilai dosa dicatat oleh petugasnya..
Sama2 kita mencari keredhaanNya.
Apabila keadaan dalam kesempitan,pejuang memerlukan pertolongan,
Pertolongan apa yang pejuang tunggu-tunggukan,
pertolongan teman ikhlas dalam berjuang,
sementara menanti pertolongan tuhan.
Allah tuhan kami..Muhammad ikutan kami..
Jom kita bantu Islam..Allahu Akhbar 3X
Tiada yang mudah dalam hidup.Pengorbanan perlu dalam menjayakan misi perjuangan..Tiada pertolongan yang dinantikan melainkan daripada mereka yang ikhlas dalam perjuangan..
Jika diberi kesempatan bersama ilmu,Tuntuti ilmu seikhlasnya.Tempatkanlah diri kita dalam 4 golongan ni.
1.Orang yang mengajar ilmu/Teaching the knowledge
2.Orang yang mencintai ilmu/Learning the knowledge
3.Orang yang mendengar ilmu/Listening the knowledge
4.Orang yang menyukai ilmu/Loving the knowledge
Searching the knowledge is compulsory to understand and practicing in our life..Indahnya ISLAM~!
Pernikahanan adalah ikatan sah perhubungan halal dua insan membina rumah tangga mereka.Jikalau kita lakukan perhbngan atas dasar berkenal-kenalan dengan tjuan merapatkan ukhwah sesama muslim digalakkan. Namaun jika sesiapa yang melakukan perhubungan sebelum pernikahan hati-hatilah dengan jerat-jerat syaitan.Sesungguh syaitan musuh umamah islam yang utama.Indahnya ISLAM~
Allah menciptakan sesuatu hidup berpasangan.Pasangan itu memiliki beberapa persaman namun masih ada perbezaannya.Perbezan bukan bererti itu satu halangan tetapi bagaimana kita sesuaikan diri denganya.Percayalah Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.Sama-sama kita menghargainya.indahnya ISLAM~
 Setiap kejadian ciptaan Allah itu ada suatu ujian terhadap hambanya.
Sejauh mana dia menerima takdirnya dan mencorak nasib hidupnya
ke arah hasil yang lebih baik.
 Tidaklah aku menyedari selama ini ada seseorang sangat menyayangi aku sepanjang aku hidup di dunia ini.Ya ALLAH hadirlah cintaku pada dua insan yang aku sayang dalam hidupku sekaligus menambah lagi cintaku padaMU.
 

Wednesday, September 21, 2011

Meneladani pejalanan tokoh yang ku segani

Allah selamatkan perjuangan hambamu yang memperjuangkan agamamu ini..Allahu Akbar 3x
Kenalikan kamu terhadap tokoh di atas.Beliau merupakan menteri besar kelantan yang mentadbir kerajaan kelantan selama 21 tahun.Insha-Allah .Nama beliau adalah Dato' bentara tuan guru nik abdul aziz nikmat.Beliau berkecimpung dalam dunia parti politik Parti Islam Se-Malaysia.(PAS).Jawatannya sebagai mursyidul am PAS sangat dikenali oleh semua orang.Namun begitu,saya ingin merungkai sedikit rahsia yang saya fikirkan  untuk meneladani tokoh ini.
Beliau menggunakan platform politik untuk mengembangkan syiar kefahaman islam terhadap orang ramai.Beliau merupakan guru agama kebolehan untuk mengajar kitab-kitab agama .Sekarang pun kita lihat walaupun berjawatan tinggi ,rutin amalan mengajar sentiasa dilakukan.Beliau berusaha memberi peringatan kepada masyarakat tentang cara hidup yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.Jikalau anda perasaan,banyak dasar-dasar islam diperkembangkan dalam pentadbirannya.
Sebagai pengajaran,Memanfaatkan kebolehan dan ilmu kita mengikut kemampuan kita,Islam adalah dasar perjuangan kita.Bantulah mengajak orang mendekati islam dan belajar menghargainya.Walaupun kita bukan ahli agama,bukan menjadi keuzuran untuk kita menjauhi perjuangan islam.Jikalau semua umat islam bersatu tenaga dalam kerja-kerja dakwah,saya yakin dan percaya manusia akan pandai memilih jalan kebenaran itu.
Nabi Muhammad sendiri tidak terus mengislamkan seseorang tetapi orang itu memeluk islam atas kerelaan diri sendiri setelah tertarik dengan cara dakwah nabi.Jadilah penyokong perjuangan islam dan dokongilah perjuangan itu sehabis baik kita. Pertolongan Allah akan tiba  bersama orang yang berjuang untuk agamanya.Insha-Allah

Kasih tidak berbalas

SubanAllah ..
Jika dilihat daripada mata kasar .Cinta tidak boleh dimain-mainkan.
Walaupun kebanyakan daripada kita meluahkan perasaaan itu pada seseorang sedangkan kita dan dia belum mempunyai ikatan sah di sisi Islam.
Cinta yang terdetik itu berlaku setelah kita berada pada jalannya.Bukan senang untuk kita merasai nikmat bercinta.Cinta yang kita luahkan pada manusia hanyalah ibarat seorang pelakon dalam cerita drama.Tiada nilai cinta setelah habis pergambaran.
Cinta itu itu juga suatu ujian pada hambanya.Bagaimana dia mengawal perasaan cinta itu? Cinta yang manakah yang dicari? Celiklah mindamu. Sesungguhnya manusia mudah terperdaya dengan pujuk rayu manis sesorang.Syaitan sentiasa memusuhi kehidupan kita. Mereka akan berusaha menggoda kita supaya mengikut jejak langkah mereka ke neraka. Akibatnya kita tersalah memilih jalan cinta sekiranya kita terpedaya dengan pujukan syaitan.
Cinta lelaki untuk wanita.Bilakah masa sesuai untuk meluahkannya? Islam telah menunjukkan caranya.Nikah kahwin.Tunggu saat itu.Bersabarlah dengan ujian cinta tidak terbalas itu asalkan kau tidak korban cinta pada Maha Penciptamu Allah s.w.t taala.