Fiqah fid dinn

Wednesday, July 11, 2012

Bila dah...

Bila dah berkata tidak boleh ditarik balik....
Bila dah berjanji tidak boleh diputus balik....
Bila dah bercinta tidak boleh dibenci balik...

Sesuatu dah bermula tidak boleh patah balik.....

Tolong berhati-hati ..Insya-Allah semua selamat


Berhati -hatilah kamu dalam memandu ..pemanduanmu pasti selamat
tukar ini kepada..
Bertakwalah kamu dalam hidupmu..hidupmu pasti selamat

Pencinta

Cinta boleh disemai ibarat sebuah benih padi
perlu dijaga dan dibajai
Bukan mudah orang jatuh cinta
Jatuh cinta sering dikaitkan berpasangan
Berpasangan semua orang inginkan
bagaimana kita mencari pasangan..
sebelum kahwin atau selepas kahwin
Mana satu lebih indah...
Cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin
Dimanakah bermula cinta..
siapakah yang paling hebat dalam bercinta..
Dikala kita tiada apa-apa dia beri segala-gala
Dikala kita minta dia tunaikan
Dikala kita lalai dia ingatkan
Dia ada di mana-mana untuk kita..
Kita sahaja perasan atau tidak bertapa hebat dia mencintai kita
Dialah tuhan pencipta kita..
Jika anda ingin menjadi hebat dalam bercinta, carilah dia..
segala-gala nya dia telah sediakan untuk kita
semua terletak pada pilihan kita.
"Belajarlah mencintai walaupun tidak tahu anda dicintai"..

p/s :pesanan untuk diri sendiri..