Fiqah fid dinn

Saturday, December 1, 2012

Aku sedar

Aku sedar bukan mudah impian digapai kalau tidak dengan usaha dan perancangan,
Aku sedar puncak bukan mudah dipijak kalau tidak dengan mendaki 
dahulu,
Aku sedar bukan mudah mendapat kerja kalau ada gaji sedikit cuma,
Aku sedar selama ini aku selalu dibelakang mengapa tidak sesekali ingin ke depan,
Sebelum ke depan aku lalui pelbagai laluan dan rintangan,
namun semua itu adalah satu pengalaman,
Biarpun pengalaman pahit untuk ditelan,
kekadang pahit itu ubat penawar dalam kehidupan.
Kerana kehidupan itu satu UJIAN...
Kerana itu.. aku akan terus melangkah..sehingga aku mencapai PUNCAK IMPIAN

Wednesday, July 11, 2012

Bila dah...

Bila dah berkata tidak boleh ditarik balik....
Bila dah berjanji tidak boleh diputus balik....
Bila dah bercinta tidak boleh dibenci balik...

Sesuatu dah bermula tidak boleh patah balik.....

Tolong berhati-hati ..Insya-Allah semua selamat


Berhati -hatilah kamu dalam memandu ..pemanduanmu pasti selamat
tukar ini kepada..
Bertakwalah kamu dalam hidupmu..hidupmu pasti selamat

Pencinta

Cinta boleh disemai ibarat sebuah benih padi
perlu dijaga dan dibajai
Bukan mudah orang jatuh cinta
Jatuh cinta sering dikaitkan berpasangan
Berpasangan semua orang inginkan
bagaimana kita mencari pasangan..
sebelum kahwin atau selepas kahwin
Mana satu lebih indah...
Cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin
Dimanakah bermula cinta..
siapakah yang paling hebat dalam bercinta..
Dikala kita tiada apa-apa dia beri segala-gala
Dikala kita minta dia tunaikan
Dikala kita lalai dia ingatkan
Dia ada di mana-mana untuk kita..
Kita sahaja perasan atau tidak bertapa hebat dia mencintai kita
Dialah tuhan pencipta kita..
Jika anda ingin menjadi hebat dalam bercinta, carilah dia..
segala-gala nya dia telah sediakan untuk kita
semua terletak pada pilihan kita.
"Belajarlah mencintai walaupun tidak tahu anda dicintai"..

p/s :pesanan untuk diri sendiri..

Tuesday, June 12, 2012

Tinta rasa..

Tinta rasa..
Kalau laki..
Kalau rasa diri tu dah hensem, jangan kata diri kita hensem,
kalau rasa diri tu dah hodoh,jangan kata diri kita hodoh,
Kalau puan..
kalau rasa diri tu comel tu,jangan rasa nak kata diri comel,
kalau rasa diri tu biasa je,jangan lemah hati je,
rasa ni boleh berubah-ubah..kita tetap kita..
kalau nk main ikut rasa,,
p/s yang kurang kita tambah,yang lebih kita diam je..he2

Mood fhm2 je :)


 In malay
"Jangan ubah kejadian tuhan,gubahlah kejadiaan tuhan"..
In english
"Dont change the creation,decorate the creation"
p/s semua org suka jadi smart n comel...
sbb itulah Allah itu cantik..Dia pun sukakan pada yg cantik

Contoh.

Contoh..

tahukah anda manusia lebih mudah pelajari bila mereka ada contoh.

Tahu tak kenapa...contoh ni penting...
Tanpa ada contoh manusia susah dpt jalan...
Bila ada contoh manusia mula cari pengubahsuaian...
bila ada contoh semua jadi mudah..tu pun kalau dia pandai beri contoh..
kadang nak ambil contoh pun,perlu pandai..
pandai ambik contoh,betullah jalan kita..
kalau salah..lu fikir sendiri la..he2
dengan kata lain manusia perlukan contoh dalam hidup mereka..
kalau tak,Allah takkan utus nabi mUhammad ..
Nabi muhammad orang beri kita contoh...
baginda adalah sebaik-baik contoh,,.
tanpa contoh ..entah apa jadilah hidup kita..
Even you copy n paste, you should learn
Without learning..
you are the blind man..he2..
mood fhm aje lah..:)

Friday, May 18, 2012

sabar

Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar..”

Tuesday, May 1, 2012

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥





♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥


Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥


Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.


Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya



Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Sunday, April 29, 2012

Tazkirah dalam Berkasih








Aku xkan pikat lelaki kalau aku xbersedia mencintainya...
Aku xkan membuat lelaki jtuh cinta dengan aku kalau aku xcintakan dia...
Aku xkan memberi lelaki harapan kalau aku sendiri pom tidak pasti..
Aku xkan sakitkan hati lelaki sekiranya aku tiada hati untuknya...
Aku xakan memainkan perasaan lelaki sekiranya aku memg tiada perasaan untuknya
Aku tahu sememgnya haram menjadikan seseorang lelaki itu kekasihku tetapi aku tiada niat untuk nikahinya..



Dan....



Aku paling xsuka memberi orang harapan seperti mana aku memberi harapan pada seseorang tp dsia2kan.. kerna aku tahu bertapa sakitnya prasaan bila dkecewa dan xdhargai... sekian..

Saturday, April 21, 2012

Puisi kenangan bersamamu


Pantun...
 
Sudah lama aku menyimpan cinta,
tunggu saat dihalal menyulamnya
memandang jauh mencari berita,
siapakah jodoh ketentuannya.

 bertahun-tahun masa berlalu,
membilang hari membilang waktu,
masa belajar masih seperti dahulu,
aku habis belajar kau masih disitu.


tak kira berapa lama kau mahu ku tunggu,
sanggup ku tunggu asalkan kau ingin bersamaku,
jika kau sudah mencapai hasrat citamu,
jangan lupa kalau kau bukan jodohku.


jangan kau bimbang sesuatu,
sesuatu itu pasti akan berlaku,
ditakdirkan kita bersatu,
tak kan lepaskan kau dalam gengamanku.


jikalau kau ada pilihan hati,
jangan kau tunggu orang sepertiku,
teruskan hasratmu kalau diberkati,
binalah keluargamu jangan lupaiku.


anggaplah aku sahabatmu yang setia menunggu,
melihat dirimu tercapai cita-citamu,
aku cuba untuk tidak menganggu,
kekadang sahaja ku bertanya padamu.

terima kasih terima aku dalam laluan hidupmu.
terima kasih berkongsi sesuatu denganku,

syair..
lihat gelagatmu selalu,
 buat ku tersipu malu,
'bukan cantik ku cari dulu,
kerana  ku bukanlah ulat bulu.


sajak...
aku mahu ...
mengikut jejak langkahmu,
mengejar cita-citaku,
berusaha jadi terbaik semampu,
menolong orang jika diperlu,
memimpin orang jika buntu,
aku mahu jadi terbaik seperti lelaki itu
lelaki pilihanmu walaupun ku tahu,
aku bukan seperti lelaki itu.

 "Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih"
Terima kasih bunga merah jambu...









Saturday, March 17, 2012


Sebuah pantun Nasihat
saya jualnya untuk awak…

Pergi kedai membeli bunga,
Bunga dibeli warna merah jambu,
awak anak ayahanda bangga,
jangan nakal dibelakang ibu.

Tidur malam rindukan sesorang,
Pemilik rusuk kiri ciptaan diri,
awak bukan calang-calang,
Impian Doktor muslimah dikejari.

Semoga tabah dan sabar mengejar cita-citamu..awak
"Jika Allah telah takdirkan dirimu menjadi seorang doktor,tiada siapa mampu menghalang pejalananmu"
Ingat Allah tempat sebaik-baik tempat kita berserah.
"Always support your effort"

Thursday, March 15, 2012

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri