Fiqah fid dinn

Thursday, October 13, 2011

Teruskan perjuangan

Cuba bayangkan diri kita ditinggalkan dalam sebuah pulau keseorangan.Pada ketika itu,kita terfikir bagaimanakah mahu melepasi ombak yang kuat menempuh pantai.Kita tahu Ombak itu sesuatu yang perlu dihadapi samada menganggapnya sebagai cabaran atau halangan.Jika kita dapat mengatasinya sudah tentu kepuasan x ternilai kita nikmati.Begitu jugalah kehidupan pelajar di tempat pengajian,jika pulau itu kampus atau sekolah,Ombak itu liku-liku berduri,bersediakah melepasi liku-liku berduri itu?
Tepuk dada tanya diri Kita..Fikir-fikirkanlah..
Ya Allah permudahkan urusan sekalian penuntut ilmu dan pejuang utk agamaMu itu.
”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”
(Abu al-A’la al-Maududi)

No comments:

Post a Comment