Fiqah fid dinn

Saturday, October 15, 2011

Memulakan matlamat hidup baru

Assalamualaikum dan salam mahabbah fil islam.
Bagaimana imanmu hari ini?adakah makin meningkat atau susut?SubahanAllah,semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah S.W.T.Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah sebahagian besar adalah perbuatan diri kita sendiri.Kadang-kadang kita leka dengan godaan dan hasutan nafsu dan syaitan oleh sebab itulah kita sering tersasar dari landasan yang diredhai oleh Allah S.W.T.Jangan salahkan takdir,takdir itu adalah bawah perancangan Allah.Jika Allah mahu memberi tiada siapa boleh menghalangi,begitu jugalah jika Allah menghukum sesiapa tiada siapa yang boleh menyelamatkannya.Kekuasaaan Allah itu Maha Hebat.Kalau dibandingkan dengan kekuatan yang kita miliki.
Begitulah hidupku,tiada siapa yang boleh mengubah hidupku melainkan Aku sendiri perlu mengubahnya.Jika dikenang balik masa lampau aku seorang begitu nakal dan buas.Ibu dan ayahku selalu sahaja pening kepala mendidikku.Pelbagai jenis perangai aku lakukan asalkan aku dapat apa yang aku mahukan. sedangkan aku tahu perbuatan itu salah kerana nafsu memborak mahukan aku tidak pedulikan sahaja.Kadang-kadang aku dirotan teruk oleh ayah dan ibuku.Memang patutlah aku dihukum sewaktu itu.Aku mempunyai sikap yang cukup buruk.Aku suka pada persaingan dalam apa sahaja bentuk permainan walaupun aku tahu belum tentu berjaya atau tidak.Aku mempunyai sikap yang aku sendiri.Banyak kali ayahku merotanku.Paling aku tidak boleh lupakan ayah aku kejar aku sekeliling rumah kerana buat adik perempuanku menangis.ayahku melibasku dengan batang paip.Masih lagi ingat bertapa sakit hayutan rotan ayahku itu.Pintu bilik air itu pecah.Semua dilakukan dalam usaha mendidik anaknya yang nakal pelik ini.Adikku Muaz lah selalu memujukku.Biasalah aku ini mudah merajuk.Dialah yang jadi kawan baikku dan aku tidak menggangap adik.Dialah kawan yang selalu membelaku.Ada suatu malam,Aku lari dari rumah apabila mendengar ayahku ingin merotanku.Puas ayahku mencari.Semua kesalahanku adalah kerana pulang lewat malam main bola.Aku lari bersembunyi di bawah parit longkah.Aku dengar bunyi enjin motorsikal Yamaha ketika itu.Setelah lama bersembunyi,tiba-tiba adik lelakiku mencariku .Aku tidak sangka masih ada orang mahu membelaku,Dialah adiku Muaz.Dia ajak aku pulang.Semua selesai selepas ayahku putus asa mencariku.dia pun telah tidur.Memang sedih bila terkenang balik hidupku itu.
Banyak lagi perisitiwa yang berlaku dalam hidupku,Namun hidupku sekarang sangat berbeza berbanding dahulu.Aku ingin mahu mulakan meneruskan ku ini dengan mengorak langkah yang lebih tersusun.Ke arah misi mengembirakan ayah dan ibuku.Aku mahu suatu hari nanti ayahku bangga memiliki anaknya melihat kejayaanku.Aku juga mempunyai perasaan pada seorang wanita.Namun bukan bercinta dengan dia.Beberapa minggu aku telah meluahkan hasratku padanya.Semua terletak padanya,Jika dia ada calon pilihan yang lebih baik dariku.akan ku lepaskan cita-citaku memilikinya.Jika tiada jodoh antara kami,aku perlu terima redha.Jika dia belum putuskan selagi itulah aku tidak berputus asa mengahwininya.Sekarang aku ingin fokus pada tahun akhir pengajian aku di universiti.Aku mahu jadi lebih baik daripada hari semalam.Ya Allah bantulah hambamu ini dalam usaha menjadi antara pejuang agamaMu di dunia ini.
'Perbaikilah diri dan bimbinglah orang lain."-Moto Hidupku

No comments:

Post a Comment