Fiqah fid dinn

Saturday, April 21, 2012

Puisi kenangan bersamamu


Pantun...
 
Sudah lama aku menyimpan cinta,
tunggu saat dihalal menyulamnya
memandang jauh mencari berita,
siapakah jodoh ketentuannya.

 bertahun-tahun masa berlalu,
membilang hari membilang waktu,
masa belajar masih seperti dahulu,
aku habis belajar kau masih disitu.


tak kira berapa lama kau mahu ku tunggu,
sanggup ku tunggu asalkan kau ingin bersamaku,
jika kau sudah mencapai hasrat citamu,
jangan lupa kalau kau bukan jodohku.


jangan kau bimbang sesuatu,
sesuatu itu pasti akan berlaku,
ditakdirkan kita bersatu,
tak kan lepaskan kau dalam gengamanku.


jikalau kau ada pilihan hati,
jangan kau tunggu orang sepertiku,
teruskan hasratmu kalau diberkati,
binalah keluargamu jangan lupaiku.


anggaplah aku sahabatmu yang setia menunggu,
melihat dirimu tercapai cita-citamu,
aku cuba untuk tidak menganggu,
kekadang sahaja ku bertanya padamu.

terima kasih terima aku dalam laluan hidupmu.
terima kasih berkongsi sesuatu denganku,

syair..
lihat gelagatmu selalu,
 buat ku tersipu malu,
'bukan cantik ku cari dulu,
kerana  ku bukanlah ulat bulu.


sajak...
aku mahu ...
mengikut jejak langkahmu,
mengejar cita-citaku,
berusaha jadi terbaik semampu,
menolong orang jika diperlu,
memimpin orang jika buntu,
aku mahu jadi terbaik seperti lelaki itu
lelaki pilihanmu walaupun ku tahu,
aku bukan seperti lelaki itu.

 "Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih"
Terima kasih bunga merah jambu...









No comments:

Post a Comment