Fiqah fid dinn

Tuesday, November 29, 2011

KIsah Ceramah surau FKM

Salam maal hijarah semuanya..
Hari ni ana nk kongsi satu cerita menarik buat tatapan sahabat kalian.cerita ini drp ust yang beri cermah tadi.Jom hayatinya bersama-sama.
Pada suatu hari ada seorang ayah ingin membawa anaknya menaiki LRT.Sukarialah anaknya itu kerana dapat tahu ayahnya ingin membawa mereka.
niat Ayah tu bawa anak-anak adalah utk berjumpa dengan ibu mereka di hospital.Dia mendpt berita isterinya sudah sihat skrg.Setelah mereka semua bersiap untuk ke stesen LRT.Ayah tu melihat suka riang sangatlah maklumlah sudah dua minggu x dpt lihat ibu mereka.Tambahan pula,mereka baru berusia kanak-kanak kecil lagi.Bahagialah hati si ayah melihat anak-anaknya ceria.
LRT pun sampai..semasa melangkah masuk ke dalam LRT itu muka ayah itu bertukar muram,dia membiarkan anak-anaknya bermain-main dalam LRT tanpa menyekat kemahuan mereka.Kanak-kanak tu bermain suka hati dia sehingga menimbul perasaan kurang senang penumpang LRT lain.Salah seorang penumpang mendekati si ayah tadi.Dia tertanya-tanya sikap si ayah anak itu sehingga sanggup membiarkan anaknya begitu tanpa berbuat apa-apa.Si ayah tadi membalas dgn jawapannya. Sebelum dia melangkah masuk pintu LRT dia mendapat panggilan hospital yang isterinya telah meninggal dunia.dia x sanggup memberitahu anaknya ketika itu sebab dia tahu bertapa gembira anaknya jika boleh jumpa dengan ibunya.Setelah mendengar penjelasan ayah tu,penumpang bertanya pun faham keadaan situasi tu.Akhirnya dia terima perbuatan anak ayah itu.
Pengajaran drp cerita ini.
Inilah sifat manusia ketika dia tidak tahu sesuatu seronoklah mereka di dunia sedangkan banyak lagi perkara yang dia perlu belajar dan tahu.
Malu bertanya sesat jalan..x tahu tanyalah ya.,.insyAllah dipermudahkan segalanya.

No comments:

Post a Comment