Fiqah fid dinn

Wednesday, September 21, 2011

Kasih tidak berbalas

SubanAllah ..
Jika dilihat daripada mata kasar .Cinta tidak boleh dimain-mainkan.
Walaupun kebanyakan daripada kita meluahkan perasaaan itu pada seseorang sedangkan kita dan dia belum mempunyai ikatan sah di sisi Islam.
Cinta yang terdetik itu berlaku setelah kita berada pada jalannya.Bukan senang untuk kita merasai nikmat bercinta.Cinta yang kita luahkan pada manusia hanyalah ibarat seorang pelakon dalam cerita drama.Tiada nilai cinta setelah habis pergambaran.
Cinta itu itu juga suatu ujian pada hambanya.Bagaimana dia mengawal perasaan cinta itu? Cinta yang manakah yang dicari? Celiklah mindamu. Sesungguhnya manusia mudah terperdaya dengan pujuk rayu manis sesorang.Syaitan sentiasa memusuhi kehidupan kita. Mereka akan berusaha menggoda kita supaya mengikut jejak langkah mereka ke neraka. Akibatnya kita tersalah memilih jalan cinta sekiranya kita terpedaya dengan pujukan syaitan.
Cinta lelaki untuk wanita.Bilakah masa sesuai untuk meluahkannya? Islam telah menunjukkan caranya.Nikah kahwin.Tunggu saat itu.Bersabarlah dengan ujian cinta tidak terbalas itu asalkan kau tidak korban cinta pada Maha Penciptamu Allah s.w.t taala.

No comments:

Post a Comment