Fiqah fid dinn

Thursday, February 3, 2011

Meniti Tahun Baru Cina


Salamu Allahualaikum.
Hari ini adalah sambutan tahun baru Cina bagi golongan yang berbangsa Cina.Perayaan ini diraikan meriah sekali dengan kedengaran bunyi letupan mercun bingit kedengaran.Apa yang istimewa di negara kita perayaan ini boleh dikunjungi oleh semua bangsa.Konsep rumah terbuka menjadi budaya tradisi diamalkan.Allah S.W.T memrintahkan hambanya berkenal-kenalan dan bersua muka dengan bangsa-bangsa lain.Jurang perbezaan kaum dapat dkurangkan dan dalam pada masa yang sama eloklah seorang muslim itu menonjolkan budi perkerti mulia.Sikap dan tingkah laku kita akan diperhatikan sekiranya kita mengunjungi atau besahabat dengan bangsa berlaianan agama.Cuba kita renung bagaimana rasullah menyebarkan dakwah islamiah tanpa keluh kesah.Sebaliknya utuh iman rasullah sehinggakan malaikat cuba menghukum sebilangan puak quraisy mengasari nabi dengan lontaran batu.Kesakitan dilakukan tidak diambil kira kerana memahami mereka golongan yang kurang mengetahui tentang islam
Oleh itu,hormati budaya kaum lain,perpaduan dalam negara kita akan utuh sekaligus mejadikan negara kita aman damai.InsyAllah, semuanya tampak indah dalam kehidupan muslim.WaLhuA'lam
xie xie

No comments:

Post a Comment