Thursday, September 22, 2011
Wednesday, September 21, 2011
Meneladani pejalanan tokoh yang ku segani
Allah selamatkan perjuangan hambamu yang memperjuangkan agamamu ini..Allahu Akbar 3x
Kenalikan kamu terhadap tokoh di atas.Beliau merupakan menteri besar kelantan yang mentadbir kerajaan kelantan selama 21 tahun.Insha-Allah .Nama beliau adalah Dato' bentara tuan guru nik abdul aziz nikmat.Beliau berkecimpung dalam dunia parti politik Parti Islam Se-Malaysia.(PAS).Jawatannya sebagai mursyidul am PAS sangat dikenali oleh semua orang.Namun begitu,saya ingin merungkai sedikit rahsia yang saya fikirkan untuk meneladani tokoh ini.
Beliau menggunakan platform politik untuk mengembangkan syiar kefahaman islam terhadap orang ramai.Beliau merupakan guru agama kebolehan untuk mengajar kitab-kitab agama .Sekarang pun kita lihat walaupun berjawatan tinggi ,rutin amalan mengajar sentiasa dilakukan.Beliau berusaha memberi peringatan kepada masyarakat tentang cara hidup yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.Jikalau anda perasaan,banyak dasar-dasar islam diperkembangkan dalam pentadbirannya.
Sebagai pengajaran,Memanfaatkan kebolehan dan ilmu kita mengikut kemampuan kita,Islam adalah dasar perjuangan kita.Bantulah mengajak orang mendekati islam dan belajar menghargainya.Walaupun kita bukan ahli agama,bukan menjadi keuzuran untuk kita menjauhi perjuangan islam.Jikalau semua umat islam bersatu tenaga dalam kerja-kerja dakwah,saya yakin dan percaya manusia akan pandai memilih jalan kebenaran itu.
Nabi Muhammad sendiri tidak terus mengislamkan seseorang tetapi orang itu memeluk islam atas kerelaan diri sendiri setelah tertarik dengan cara dakwah nabi.Jadilah penyokong perjuangan islam dan dokongilah perjuangan itu sehabis baik kita. Pertolongan Allah akan tiba bersama orang yang berjuang untuk agamanya.Insha-Allah
Kasih tidak berbalas
SubanAllah ..
Jika dilihat daripada mata kasar .Cinta tidak boleh dimain-mainkan.
Walaupun kebanyakan daripada kita meluahkan perasaaan itu pada seseorang sedangkan kita dan dia belum mempunyai ikatan sah di sisi Islam.
Cinta yang terdetik itu berlaku setelah kita berada pada jalannya.Bukan senang untuk kita merasai nikmat bercinta.Cinta yang kita luahkan pada manusia hanyalah ibarat seorang pelakon dalam cerita drama.Tiada nilai cinta setelah habis pergambaran.
Cinta itu itu juga suatu ujian pada hambanya.Bagaimana dia mengawal perasaan cinta itu? Cinta yang manakah yang dicari? Celiklah mindamu. Sesungguhnya manusia mudah terperdaya dengan pujuk rayu manis sesorang.Syaitan sentiasa memusuhi kehidupan kita. Mereka akan berusaha menggoda kita supaya mengikut jejak langkah mereka ke neraka. Akibatnya kita tersalah memilih jalan cinta sekiranya kita terpedaya dengan pujukan syaitan.
Cinta lelaki untuk wanita.Bilakah masa sesuai untuk meluahkannya? Islam telah menunjukkan caranya.Nikah kahwin.Tunggu saat itu.Bersabarlah dengan ujian cinta tidak terbalas itu asalkan kau tidak korban cinta pada Maha Penciptamu Allah s.w.t taala.
Subscribe to:
Posts (Atom)