Fiqah fid dinn

Friday, April 22, 2011

Hargai Sebuah Pertemuan


Alhamdulillah 3x
Sudah lama tidak ana tulis blog ana ini,Hari ini ana ingin kita renungkan kembali kepada pertemuan pertama kita dengan sahabat atau rakan kita pada hari ini.Andai mungkin pertemuaan itu bermula sewaktu
i)ingin pergi ke Bank teserempak dia,
ii)ingin berjalan ke bilik kawan,tiba-tiba tetegur sapa dia,
iii)ingin ke kuliah terlanggar bahunya,
iv)ingin membeli barang,tiba-tiba terlihat dia.
v)Banyak lagi pertemuan yang boleh kita ceritakan.
Oleh itu sebab itulah setiap orang mempunyai detik-detik pertemuan masing-masing.
Walhal sedarkah kita siapakah yang membenarkan pertemuan itu terjadi.Sudah tentulah Allah S.W.T yang memtakdirkan ia berlaku.Kita hanya menempuhi sebab-musabab sahaja pertemuan itu terjadi,pada hakikatnya.hnya Allah yang mengenali isi hati nurani dua insan itu.Adakala kita memandang pertemuan itu suatu kebetulan,namau adakah ia benar-benar terjadi.Sehubungan dengan itu,Kita tidak boleh mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya bahawa kenyataan kita itu benar.Setiap yang berlaku selepas dan sebelum semuanya itu dalam perancangan dan pengetahuan ilahi.Kita adalah hambaNya.Mana mungkin sahabat atau rakan yang kita kenal akan kekal dengan perhubungan silaturahim dengan kita.Kitalah yang akan menentukan sama ada pehubungan itu sentiasa segar atau sayu.semuanya terletak sajauh mana kita cinta dan kasih sahabat kita itu sebagaimana kasihnya kita terhadap diri kita.
Ya ALLAH,engkau telah takdirkan pertemuan antara kami,jalin perhubungan ini atas kasih dan redhamu.Jauhilah kami daripada azab siksaan Api Nerakamu.Berikanlah kejayaan terhadap hambamu ini di dunia dan akhirat.
"Berkawan biarlah seribu Berteman biarlah satu"
Ungkapan di atas bermaksud kita digalakkan berkawan seramai yang boleh,namun begitu,pandai-pandailah memilih,jika rakanmu mengajakmu ke arah kemaksiatan ,cuba ajaknya ke arah jalan yang lebih baik.Jika kita mempunyai seorang rakan yang boleh diklasifikasikan sebagai teman sejati,temanilah dia sehalus-halusnya.Teman sejati selalu memberikan kata-kata yang berilmu dan nasihat yang berguna yang boleh menjadi tauladan terhadap kehidupan kita di masa hadapan.
Wahai rakan-rakanku,Aku menghargai setiap pemberianmu kepadaku.Tiada yang boleh memisahkan kita,hanya kematianlah detik perpisahan yang sukar dilupai buat selama-lamanya.
(Sirru Ala Barakatilah)